Thursday, April 7, 2011

mutiara hati :)

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.
 
 Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
 
Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta.

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)


Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.


Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.

Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.
 
Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding
kesalahan kepada pihak lain 
 
Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda &
menguatkannya dari hari ke hari

Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.

Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar


 Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan


" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu
membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya." 
 
 
"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka
tiadalah perpisahan" 
 
 
" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara
menyelesaikan masalah yg paling berkesan" 
 
 
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata
yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia
boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya
perasaan"

  "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri
sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"


  "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.


 Ketika engkau merasa sakit yang menusuk ke hatimu sehingga airmatamu tak mampu untuk kau bendung...maka, menangislah..biarlah sakit itu menjadi penawar akan dosa-dosamu..menangislah memohon ampun pada-Nya kerana mungkin selama ini engkau jauh dari-Nya. jika engkau disakiti  oleh seseorang, maka ikhlaskanlah hati..meskipun sulit tetapi engkau pasti boleh..INSYAALLAH :)


No comments: